kredit:7 Hari Mencintaiku 2
kredit:7 Hari Mencintaiku 2
Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari
hidup bahagia setelah berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran
cahaya mata kedua.
Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya,
Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan
Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan
kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.
Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang
dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia
Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja
Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi
(Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi
pula bergolak rumah tangganya.
Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul
dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain
begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan
agenda tersirat Nurul Ain.
Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi
pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak
mampu menggapainya lagi. Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia
merenung suaminya buat terakhir kali.
Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal
abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati khuzairi
bersama deraian air mata.
Pelakon utama
-Siti Saleha[1] sebagai Mia Adriana [4]
-Shukri Yahaya[1] sebagai Khuzairi
-Wan Sharmila[1] sebagai Sofi Amylia
-Syazwan Zulkifly[1] sebagai Helmi
-Jaja Iliyes sebagai Nadia
-Bil Azali sebagai Zaidi
-Liza Abdullah sebagai Mak Leha
-Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Episode Penuh
Comments
Post a Comment