Drama: 7 Hari Mencintaiku Episode 17
Mia Adriana, perempuan yang sentiasa merasa dirinya yang bagus dipaksa
menikahi lelaki kampung merangkap anak kawan baik Dato' Megat Idrus iaitu
Pak Samad. Pernikahan terpaksa dilangsungkan apabila tunang Mia, Khalil
merangkap sepupunya memilih wang berbanding maruah keluarga Mia. Bagi
mengelak rasa malu, Mia terpaksa bersetuju ekoran kesihatan papanya yang
tidak menentu.
Dengan sekali lafaz, Mia ssah menjadi isteri Khuzairi. Dato' Megat meninggal
dan kehidupan Mia seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila syarikat
papanya diisytihar muflis. Mia degil seringkali mengingkari perintah
Khuzairi, tetapi Khuzairi tetap bersabar. Atas desakan ibu Khuzairi yang
benci akan Mia, ibunya menyuruh Khuzairi menikahi Syakila dan Khuzairi akur.
Pelakon: Syukri Yahya,Siti Saleha,Gambit Saifullah
Penulis Skrip: PGR Team
Pengarah: Jamal Khan
Comments
Post a Comment